Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Suasana Politik Negara Sekarang...

SHAH ALAM - Perkembangan politik negara mutakhir ini didakwa penuh dengan permainan, ekstrem...

Tuanku Muhriz Ke Majlis...

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat...

Shahidan Mahu Pastikan Koordinasi...

KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim...

Harga Emas Lebih RM2,000...

HONG KONG - Emas diniagakan dengan harga lebih AS$2,000 (RM8,359) untuk satu auns...

Video Intim: Henti Berlakon, Rakyat Tak Bodoh – Annuar

SHAH ALAM – Biar rakyat mengenalpasti sendiri identiti pelaku dalam video intim didakwa melibatkan seorang menteri kanan kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Jelasnya, pengesahan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador bahawa video itu tulen sudah mencukupi.

“Video ini tulen tetapi mereka (polis) tidak dapat mengesahkan identiti pelakunya. Jika dia ini pencuri, mereka akan dapat mengenalpasti pelaku dengan cepat.

“Berhentilah berlakon, rakyat tidak bodoh, tetapi pengesahan ketulenan video ini sudah mencukupi dan untuk mengenalpasti orang ini biar rakyat yang kenal pasti.

“Kami bimbang jika video ini tidak tulen dan teknologi terkini yang digunakan untuk menghasilkannya,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Kota Raja di sini semalam.


Pada 18 Julai lalu, Abdul Hamid mengesahkan analisis Cybersecurity Malaysia mendapati video seks berkenaan adalah tulen, namun proses pengecaman wajah tidak dapat mengesahkan pelaku dalam video tersebut.

Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan bersumpah bahawa dia merupakan individu dalam video itu bersama seorang menteri kanan pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

Perbuatan itu dirakamkan menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dirakam di Hotel Four Point. – Sinar Harian

Kategori