Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dakwa Zahid Untuk ‘Bunuh’...

APA yang berlaku kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada...

Kerajaan Mempunyai Hak Nasihat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mempunyai hak menasihatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau...

Stadium Shah Alam Venue...

RASMI... Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue final Piala FA 2017 yang berlangsung...

Apple Dah Paten, iPhone...

PERKEMBANGAN teknologi membuatkan pelbagai syarikat bersaing membangunkan idea dan protaip baru produk mereka,...

Video Seks: Setiausaha Politik Anwar Direman 4 Hari

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bersama seorang lagi lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan isu video seks songsang yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

“Saya sahkan dua individu itu direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes video tersebut.

“Seorang lagi lelaki yang juga ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan selepas keterangannya diambil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Semalam, Farhash Wafa yang juga adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan bersama dua individu di sekitar Johor Bahru kira-kira jam 2.30 petang.


Terdahulu, pada Ahad lalu, Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dalam isu video seks luar tabii tersebut turut ditahan bersama lima lagi lelaki di sekitar Lembah Klang.

Haziq bersama lima lelaki tersebut kemudian direman selama enam hari.

Dalam tangkapan ini, beberapa unit telefon bimbit turut dirampas. – Sinar Harian

Kategori