Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Keperluan Buka Semula...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengulangi komitmennya untuk terus membantu...

Sambutan Pesta Kaamatan Tampil...

KOTA KINABALU - Sebagai menghormati bulan Ramadan, sambutan Pesta Kaamatan atau pesta menuai...

PKPD Keempat Babit 97%...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memaklumkan 97 peratus penghuni di kawasan keempat yang dikenakan...

Nasruddin Bertanding Pula Di...

KUANTAN - Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dinamakan sebagai calon parti itu...

Video Seks: Siasatan Menyeluruh Termasuk Penglibatan ADUN

HULU LANGAT – Polis akan menyiasat setiap aspek termasuk pembabitan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa mendalangi penyebaran video seks membabitkan bekas Ketua Angkatan Muda keadilan (AMK) Santubong, Muhammad Haziq Abdul Aziz dengan seorang yang mirip menteri kanan Kabinet.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kes tersebut amat rumit kerana melibatkan politik dan sebagainya.

Menurutnya, pihak polis sentiasa berhati-hati dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan kerana tidak mahu ada pihak yang teraniaya.

ā€œKita mengambil tindakan secara berterusan dan menyiasat dari semua aspek. Buat masa ini, kita telah kemukakan kertas siasatan kepada Jabatan peguam Negara untuk arahan seterusnya dan proses itu dibuat banyak kali.

ā€œSiasatan ini tidak boleh selesai dalam masa yang singkat jadi beri kita masa,ā€ katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 231 pegawai dan anggota di Batalion 4, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Komander Briged Tengah PGA, Muhammad Abdul Halim.


Ketika ditanya adakah akan ada tangkapan lain selain enam suspek termasuk Muhammad Haziq yang direman semalam, Abdul Hamid memaklumkan setakat ini tiada tangkapan baharu akan dilakukan.

ā€œSetakat ini, itu saja yang ditangkap. Kita sedang jalankan proses soal siasat dan tindakan seterusnya bergantung kepada hasil soal siasat,ā€ jelasnya.

Semalam, media melaporkan enam individu termasuk Muhammad Haziq direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengedar dan memiliki bahan pornografi.

Kategori