Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nazim, Bella Dally Diijab...

SETELAH beberapa bulan mengikat tali pertunangan, pasangan selebriti Nazim dan Bella Dally akhirnya...

PAS Akan Bekerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - PAS memberi jaminan kerajaan Kelantan dan kerajaan negeri yang turut...

Pengawal Keselamatan Kes Amuk...

JOHOR BAHRU - Pengawal keselamatan yang mengamuk sehingga membunuh seorang pegawai bank di...

Kempen Pemuda BN DUN...

SEREMBAN - Kempen Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Wanita Bawa Anjing Ke Restoran Makanan Segera

BUTTERWORTH – Tindakan seorang wanita membawa anjing peliharaannya ke sebuah restoran makanan segera di Seberang Jaya di sini semalam mengundang rasa kurang senang pelanggan lain khususnya mereka yang beragama Islam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, tindakan wanita berusia lingkungan 20-an berkenaan ditegur seorang pelanggan namun teguran itu tidak diendahkan.

Gambar wanita berkenaan bersama anjing peliharaan itu tular di dalam media sosial dan perbuatannya dikecam warga maya sebagai tidak peka dengan sensitiviti masyarakat beragama Islam di negara ini.

Pelanggan berkenaan, Anuar Omar, 41, berkata, dia menegur wanita itu secara baik agar tidak membawa anjing peliharaan ke premis awam namun wanita tersebut tidak mempedulikan teguran berkenaan.

“Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana ia adalah isu sensitif, jadi saya mengambil gambar wanita terbabit bersama anjing peliharaannya lalu memaklumkan kepada pihak pengurusan restoran terbabit.

“Pihak pengurusan restoran makanan segera tersebut dengan segera terus mengambil tindakan menutup kawasan yang diduduki anjing terbabit untuk disamak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurutnya, dia memuat naik gambar terbabit ke akaun sosial Facebook miliknya berhubung insiden itu sebagai peringatan buat rakan-rakannya dan tidak menyangka menjadi tular.

“Saya hanya berniat untuk memaklumkan kepada rakan-rakan saya berhubung kejadian ini tetapi tidak sangka ia tular pula.

“Saya selalu terdengar ada orang yang tidak peka dengan senstiviti membawa anjing ke premis awam namun tidak sangka kali ini ia berlaku di depan mata, saya harap insiden ini tidak berulang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori