Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

20 Wanita Thailand Diselamatkan...

JOHOR BAHRU - Seramai 20 wanita warga Thailand diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia...

Brunei Nafi Sultan Hassanal...

BANDAR SERI BEGAWAN – Ia bukan sahaja tindakan biadab malahan dianggap sebagai amat...

Pengasuh Kejam Pijak &...

Uganda – Perbuatan seorang pengasuh yang bertindak kejam dengan mendera budak yang dijaga...

Ribuan Hadiri HPU UMNO-PAS...

KUALA TERENGGANU - Ribuan hadirin membanjiri Stadium Negeri malam ini bagi menyaksikan Himpunan...

Zahid Kecam Pihak Pertikai Keputusan Kembali Terajui UMNO

IPOH – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak kenyataan pihak yang mempertikaikan keputusan beliau untuk kembali menerajui parti selepas bercuti menjalankan tugas itu sejak Disember lepas.

Beliau berkata tindakan pihak berkenaan yang mahu keputusannya kembali memimpin UMNO perlu mendapatkan pandangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO, adalah tidak wajar.

“Saya balik (dari cuti) ini dia kata ini perlu dibincangkan dalam Majlis Tertinggi. Masa saya kata hendak cuti tidak pula kata perlu bincang di MT.

“Ini hak saya kerana saya dipilih sebagai presiden UMNO yang sah,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Tambun di Bangunan UMNO Perak di sini, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kembali menyambung tugas sebagai presiden UMNO berkuatkuasa 30 Jun lalu selepas menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan pada Disember lalu.


Pada hari yang sama, bekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata MT parti perlu memberi pandangan sekiranya Ahmad Zahid Hamidi ingin kembali menerajui UMNO.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian sebagai tidak bersetuju dengan pendapat bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa Ahmad Zahid bebas untuk kembali tanpa perlu mendapat persetujuan MT.

Kategori