KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, membuat pengumuman akan kembali bertugas untuk memimpin UMNO bermula hari ini, selepas bercuti daripada jawatan tersebut sejak 18 Disember tahun lalu.
Menurutnya, keputusan itu dibuat sempena setahun beliau dipilih selaku presiden parti tersebut.
“Saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti rehat sebagai Presiden UMNO mulai hari ini, ini bererti bahawa saya akan terus menyambung tugas saya sebagai Presiden UMNO Malaysia,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak di sini hari ini. – K! ONLINE