Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tingkat Profesionalisme, Kebebasan RTM,...

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengambil langkah segera untuk meningkatkan...

Siswa Ditahan Tolak GF...

SEORANG pelajar sebuah universiti di Jepun telah ditangkap polis kerana bertindak menolak teman...

Mula Turun Padang Kenal...

TAIPING - UMNO Bahagian Bagan Serai mula turun padang  bagi mengenal pasti calon yang berpotensi dan disukai rakyat...

Bajet 2017 Bukan Sembang...

ALOR SETAR - Semua inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2017 akan dilaksanakan kerajaan...

Zikir Tok Ki Menyeleweng Daripada Islam

ZIKIR sambil berdiri dan menggerakkan tubuh yang tular di media sosial sejak kelmarin jelas menyimpang daripada ajaran Islam.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, buat masa ini pihaknya belum mengetahui aliran ajaran apa yang dibawa kumpulan itu dan siasatan sedang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Sama ada aliran Syiah atau tarikat apa yang dibawa mereka masih dalam siasatan. Apa yang jelas ia menyimpang daripada ajaran Islam.

“Saya dimaklumkan siasatan sedang dijalankan oleh JAIP dan mereka dalam usaha mengesan individu (ketua) itu yang dikatakan datang dari Terengganu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan jambatan di Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang di Kuantan hari ini.

Media semalam melaporkan mengenai tiga klip video yang tular dipercayai dirakam Khamis lalu memaparkan sekumpulan penduduk Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut berzikir sambil berdiri dan menggerakkan anggota tubuh.

Video berdurasi antara 0.22 saat dan 1.12 minit dipercayai dirakamkan seorang penduduk yang mengikuti aktiviti dilakukan di sebuah surau di kampung itu diketuai lelaki dikenali Tok Ki @ Tok Ayah.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, pihaknya juga akan menyiasat kemungkinan ajaran itu sudah diajar dan disebarkan ke kawasan lain.


“Kita akan siasat jika ia diajar atau disebarkan ke tempat lain. Hingga kini satu tempat (Jerantut) yang saya dimaklumkan,” katanya.

Katanya, JAIP akan turut mengambil keterangan individu yang terbabit menyertai zikir itu selain mengesan ketua ajaran berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kita pandang serius setiap ajaran yang menyeleweng daripada asas Islam yang sebenar, saya ucap tahniah kepada JAIP kerana pantas mengambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis setakat ini dan berkata, siasatan mengenai insiden itu dijalankan JAIP.

Kategori