Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Agong Berkenan Terima Darjah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom...

LAHAD DATU - Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom)...

Kes Terbaru Difteria Libatkan...

KUALA LUMPUR - Satu lagi kes terbaru difteria dilaporkan berlaku di Perak melibatkan...

Mahathir Elak Jawab Isu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengelak untuk menjawab soalan...

Zuraida Hairan Kenapa Kumpul Tandatangan Sokong Anwar

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin hairan mengapa tandatangan pemimpin PKR dikumpul bagi menyatakan sokongan kepada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga orang kuat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mendesak Anwar mengeluarkan arahan supaya menghentikan tindakan tersebut.

Dakwanya, pihak yang menandatangani perakuan sokongan tersebut bukanlah benar-benar mendokong, tetapi mungkin didorong atas dasar terpaksa.

“Justeru, saya hairan mengapa sejak beberapa hari lalu ada gerakan yang disusun bagi mendapatkan tandatangan pimpinan Cabang bagi menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Soalnya untuk apa tandatangan ini dikumpul? Bukankah Presiden parti tidak dicabar dalam pemilihan lalu? Sebagai anggota parti, tentulah pemilihan parti yang lalu jelas keputusannya. Maka apa justifikasi memerlukan tandatangan menyokong Presiden ini?” soalnya menerusi kenyataan hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, satu persatu beberapa pemimpin PKR peringkat negeri menyatakan sokongan kepada Anwar untuk mengetuai PKR.

Semasa di Parlimen minggu lalu, Anwar menyuarakan rasa yakin mempunyai sokongan diperlukan untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Gerakan mendapatkan tandatangan itu menyebabkan Zuraida rasa kurang senang kerana ia menimbulkan persoalan yang mencerminkan ketidakstabilan kedudukan Presiden.


“Sebagai Presiden parti, arahan bagi menghentikan perkara ini perlu dilakukan segera. Ia hanya mengesahkan persepsi bahawa wujudnya pecahan dalam parti dan menambah perpecahan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Zuraida menganggap spekulasi Mohamed Azmin akan meninggalkan PKR adalah fitnah.

“Azmin bukan sahaja bersama menggalas beban seawal penubuhan parti, malah beliau adalah tunjang penting yang menggerakkan parti di saat susah dan senang.

“Berkorban masa, wang ringgit dan keringat membina serta mengukuh kedudukan parti tatkala Anwar Ibrahim terpenjara,” katanya.

Baginya, amat mustahil jika Mohamed Azmin meninggalkan PKR selepas parti itu kini sedang berada di kemuncak kejayaan yang dibina bersama. – UTUSAN ONLINE

Kategori