Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Syarikat Perladangan United Plantation...

HUTAN MELINTANG - Ketika baru berusia 13 tahun, P. Vannijaya mula bekerja sebagai...

Hermes Birkin ‘Pink’ Pecah...

SEBUAH beg tangan berjenama Hermes Birkin berwarna merah jambu memecah rekod "beg tangan termahal" yang...

WHO Keluarkan Laporan Jejak...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengeluarkan laporan mengenai asal usul...

Israel Bina Tembok ‘Apartheid’...

ZALIM... Sebuah lebuh raya baharu yang pisah laluan antara Palestin dan Israel dengan...

15, 16 Oktober Bicara Kes Dadah Anak Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi menetapkan 15 dan 16 Oktober ini bagi tarikh perbicaraan kes anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad yang  terlibat dengan penyalahgunaan dadah Januari lalu.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan tarikh tersebut pada pengurusan kes itu tadi.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid dan tertuduh yang diwakili peguam Nasar Khan tidak membantah tarikh bicara yang telah ditetapkan. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 32 tahun didakwa dengan memberikan diri sendiri dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC ke dalam badannya sendiri di sebuah tandas sebuah pusat hiburan dekat Hotel W di sini pukul 2.05 pagi, 5 Januari lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diwajibkan dibawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dibawah Seksyen 38B akta sama selama tiga tahun.


Pada 13 Jun lalu, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan berkenaan dan kemudian diikat jamin sebanyak RM3,000.

Anak ketiga Menteri Pertahanan bersama seorang lagi rakannya ditahan 6 Januari lalu ketika sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menjalankan Ops Hiburan Bersepadu pukul 12.30 malam di pusat hiburan tersebut. – K! ONLINE

Kategori