Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dikutuk ‘Papan’, Elizad Dedah...

MENJADI selebriti semestinya membuka peluang kepada masyarakat untuk menilai dan memberi lebih perhatian...

Video: Inilah ‘Insan Misteri’...

JIKA hendak, terdapat bermacam-macam cara melakukan kebaikan kepada orang lain apatah lagi di bulan Ramadan...

Perlis Putus Fatwa Wang...

KANGAR - Negeri Perlis meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Muslim...

Ibu Jual Pelukan Demi...

SEMEMANGNYA kasih seorang ibu sangat tidak ternilai..Seorang wanita di China nekad menjual pelukannya...

2 Menteri DAP Gesa Mahathir Usir Zakir Naik

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menyatakan pendirian mereka agar pendakwah dari India, Dr. Zakir Naik tidak dibenarkan tinggal di negara ini.

Dua menteri dari DAP itu dalam satu kenyataan bersama berkata, pendirian itu telah disuarakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Kami telah suarakan pendirian iaitu tindakan mesti diambil dan Zakir tidak boleh lagi dibenarkan tinggal di Malaysia. Perdana Menteri ambil maklum kebimbangan kami.

“Kami serahkan kepada beliau untuk membuat pertimbangan dan seterusnya membuat keputusan secepat yang mungkin untuk menangani masalah ini,” kata mereka.

Ahli Parlimen Puchong dan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata, mereka turut menegaskan kebimbangan disuarakan banyak pihak mengenai ceramah dan kenyataan oleh Zakir yang boleh mencetuskan kekacauan.


“Oleh itu, kami menyatakan bantahan terhadap Zakir sementara beliau tidak lagi boleh mengadakan sebarang program di Malaysia atau membuat kenyataan lanjut yang memberi kesan kepada hubungan kaum dan ketenteraman awam,” kata mereka.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi pendirian kerajaan untuk tidak menghantar pulang Zakir pulang ke negara asalnya.

Dr. Mahathir berkata, beliau enggan berbuat demikian kerana bimbang sekiranya pendakwah itu dibunuh di India nanti. – Sinar Harian

Kategori