Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

MKN Kenal Pasti Sistem...

PUTRAJAYA - Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkaji dan mengenal pasti sistem sesuai...

Malaysia Perkukuh Kerjasama Tangani...

PETALING JAYA - Malaysia kini mengukuhkan lagi kerjasama dengan Filipina, Indonesia dan Brunei...

KKM Latih Lebih 10,000...

SUNGAI PETANI - Kursus Katering Sihat yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak...

Netizen Puji Remaja Cina...

SUBANG JAYA - Tindakan murni seorang remaja berbangsa Cina yang memimpin seorang lelaki tua untuk...

2 Sekolah Ditutup Di Sarawak Akibat Jerebu

MIRI – Seramai 1,906 murid termasuk 50 murid prasekolah dari dua sekolah rendah tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini kerana terpaksa ditutup berikutan keadaan jerebu semakin teruk di kawasan Kuala Baram.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, dua sekolah yang ditutup tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan.

“Sesi persekolahan terpaksa dihentikan kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin teruk iaitu melebihi 232 dengan sekolah paling teruk SJK Chung Hua Tudan yang terletak berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, terdapat 50 murid prasekolah, 556 murid serta 45 guru di SK Kuala Baram 2 manakala SJK Chung Hua Tudan mempunyai seramai 1,300 murid dan 64 orang guru.

“Kawasan persekolahan dilanda jerebu teruk akibat kebakaran hutan dan tanah gambut semakin teruk,” katanya.

Menurut data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di ILP Miri pagi tadi berada pada tahap berbahaya iaitu 404, manakala IPU di SK Kuala Baram 2 merekodkan bacaan IPU 204 iaitu sangat tidak sihat.

Kategori