Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

7 Juta Maut Akibat...

PARIS - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa lebih tujuh juta manusia meninggal...

Pos Malaysia Labur RM10...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi pemasangan kemudahan...

Video Usung Jenazah, Alif...

AGAK lama kita tidak mendengar khabar berita pelakon dan pengacara terkenal ini tetapi...

Kantoi Bangla Diberi MyKad:...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa telah mengambil keterangan wanita yang menggunakan profil Facebook...

4 Exco Bukan Islam Menghadap Sultan Selangor Hari Ini

SHAH ALAM – Empat Exco bukan Islam kerajaan Selangor hari ini menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini kira-kira pukul 11 pagi.

Empat exco berkenaan adalah Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Hee Loy Sian dan Ng Sze Han.

Terdahulu, Ganabatirau yang ditemui di kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri enggan mengulas lanjut mengenai tujuan mereka menghadap Sultan Sharafuddin hari ini.

Kata beliau, kenyataan media rasmi mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, keempat-empat exco berkenaan memohon untuk menghadap Sultan Sharafuddin pada 25 Julai lepas untuk membincangkan beberapa isu dipercayai berhubung usul pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama bagi anak di bawah umur.

Usul tersebut dipercayai tidak dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini selepas ditangguhkan Speaker dewan, Ng Suee Lim sejurus 2 hari bersidang.

Kategori