Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fama Yakin Pasar Tani...

LEMBAGA Pamasaran Pertanian Persekutuan (Fama) yakin sasaran nilai jualan di pasar tani seluruh...

Rakyat Kedah Gembira Sultan...

ALOR SETAR – Rakyat jelata di negeri ini menzahirkan perasaan gembira setelah Sultan...

Suami Maut, Isteri, Anak...

SEKINCHAN - Seorang lelaki maut manakala isteri dan dua orang anak mereka cedera...

Wow.. Gunting Rambut Guna...

SANGGUPKAH anda mencuba teknik gunting rambut yang ekstrem ini? Tersebar sebuah video di laman...

5 Alasan Terbaik Memilih Taiwan Bagi Pelancong Muslim

TAIWAN mungkin satu destinasi yang sangat baru kepada ramai pengembara dan pelancong. Namun itu bukan bererti ia satu destinasi yang tidak menarik.

Kerajaan negara berkenaan kini sangat aktif dalam menyemai minat orang luar agar datang menikmati keindahan negara berkenaan. Antara yang diberikan penekanan adalah segmen pelancong beragama Islam.

Ia adalah satu sektor yang besar memandangkan kajian mendapati jumlah masyarakat Islam yang akan keluar melancong dijangka meningkat dari 117 juta orang pada tahun 2017 kepada 168 juta orang menjelang tahun depan.

Hasil itu didedahkan oleh Indeks Pengembaraan Muslim Global 2016 yang juga menjangkakan para pelancong muslim membelanjakan sekitar USD200 bilion pada 2020. Pastinya satu pasaran yang sangat luas dan menarik untuk dikuasai.

Bagi tujuan itu, kerajaan Taiwan telah mengambil beberapa langkah khsusus bagi memastikan pelancong Muslim melihat Taiwan sebagai salah satu destinasi pilihan mereka.

Usaha-usaha itu boleh dirumuskan kepada lima aspek berikut:

1. Perjalanan Tanpa Visa

Pastinya satu yang amat melegakan. Di kala ramai pelancong Islam yang sukar mengembara ke negara tertentu kerana agama Islam dilabel dan dikaitkan sebagai agama pengganas dan sebagainya, Taiwan sebaliknya menyambut dengan tangan terbuka.

Malah kerajaannya bersungguh memastikan pelancong muslim merasa selesa dan gembira selama berada di negara berkenaan.

Tidak ada masalah islamophobia yang adakalanya menyukarkan pemberian visa kepada pelancong muslim.

Kemasukkan tanpa visa kini diberikan kepada pelancong Malaysia, Thailand, Brunei, Singapura dan Filipina.

2. Mudah memperoleh makanan halal

Mencari makanan halal pastinya perkara paling penting yang difikirkan pelancong beragama islam. Memang tidak dinafikan ia memang satu masalah besar suatu masa duahulu, tetapi bukan sekarang. Kini, dengan kesungguhan pihak berkuasa, Taiwan mula menambah bilangan restoran dan tempat yang menghidangkan makanan halal dari semasa ke semasa.

Di bawah pengawasan Persatuan Cina Muslim Taiwan (CMA), negara itu kini memiliki lebih 300 buah restoran halal di seluruh negara. Kesemua perniagaan berkenaan mempamerkan sijil halal di pintu masuk premis mereka.

Malah, pada setiap Jun, Expo Halal Taiwan turut dianjurkan bagi memudahkan pelancong mencari destinasi makanan halal di Taiwan.


3. Banyak pilihan makanan vegetarian

Walaupun restoran halal semakin banyak, namun ia masih belum cukup meluas. Memandangkan kepelbagaian makanan adalah salah satu budaya yang menarik di Taiwan, adalah rugi andai pelancong Islam tidak mencuba sebahagian variasi yang ada.

Makanan sayur-sayuran atau vegetarian adalah satu pilihan yang baik. Ia kerap kali dimiliki dan dikunjungi pengganut Buddha yang menolak sama sekali menolak sebarang bentuk daging dalam masakan serta diet mereka.

Masakan vegetarian di Taiwan datang dalam bentuk menjadikan ia sama sekali bukan satu pilihan yang membosankan. Hingga di pasar malam pun wujud pelbagai pilihan masakan berasaskan sayur. Anda boleh merujuk kepada Persatuan Cina Muslim Taiwan akan restoran vegetarian yang sesuai dengan anda. Tak perlu meratah maggie sepanjang masa kan.

4. Hotel mesra pengunjung Islam

Dengan usaha bersungguh-sungguh menjadikan Taiwan mesra pelancong muslim, wujud banyak hotel-hotel yang memenuhi ciri-ciri kemesraan berkenaan. Hotel-hotel ini kerap kali menyediakan bilik sembahyang, musalla, kemudahan mengambil wuduk dan tandas dengan paip air. Malah, ada yang menyediakan salinan Al-Quran dan penanda arah kiblat dalam bilik.

Buat masa ini, kebanyakkan hotel mesra Muslim wujud di bandar-bandar utama di Taiwan seperti di Taipei, New Taipei, Taichung dan Kaohsiung.

5. Kebebasan beribadah dan bilangan masjid yang banyak

Jika dibandingkan dengan populasi Islam asal yang kecil, Taiwan memiliki bilangan masjid yang banyak.

Wujud belasan buah masjid bersaiz sederhana besar yang mampu menampung ribuan jemaah. Paling utama pastinya Masjid Agong Taipei dan Masjid Kebudayaan Taipei yang diletakan di ibu negara pulau berkenaan. Selain itu, ada juga masjid di daerah Taichung, Tainan dan Kaohsiung.

Jika berkunjung ke utara Taiwan, anda berpeluang bersembahyang di Masjid Longgang atau Masjid At-Taqwa di Taoyuan. Bahagian selatan pula di masjid An-Nur Tongkang. Bagai wilayah pantai timur, ada masjid dengan nama Al-Falah Hualien.

Tiada halangan untuk bersembahyang atau beribadah di mana jua di Taiwan kerana kebebasan beragama dijamin di negara berkenaan.

Ayuh.. tunggu apa lagi. Masukkan Taiwan sebagai destinasi pilihan anda yang seterusnya. – Mynewshub.TV

Kategori