Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Direman Berhubung...

SEREMBAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal direman selama enam hari bermula hari...

12 Bank Tawar Bantuan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 bank menyahut gesaan membabitkan pemberian bantuan dalam bentuk...

Raja Arab Saudi, Raja...

SEPANG - Malaysia hari ini membentangkan permaidani merah bagi menyambut ketibaan Raja Salman...

Pembangkang Diingat Jangan Bawa...

YAN - Pihak pembangkang diingatkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan...

72 Jam Berlalu, Nora Anne Masih Belum Ditemui

NILAI – Setelah 72 jam berlalu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Ahad lepas,  pasukan penyelamat masih belum menemui Nora Anne Quoirin, 15, remaja perempuan warga Ireland yang hilang.

Skop pencarian dan operasi yang memasuki hari keempat hari ini, diperhebat dan diperluaskan meliputi kawasan bukit dan anak sungai berdekatan dan tidak hanya terhad di kawasan sekitar resort penginapannya seluas empat hektar itu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Salehhudin Abd Rahman ketika ditemui Bernama menjelaskan bahawa usaha mencari remaja perempuan warga Ireland itu bukanlah tugas yang mudah.

Katanya, untuk segera menemui gadis berkenaan, operasi yang bersambung hari ini bukan sahaja hanya dijalankan pasukan penyelamat negara, bahkan ia turut dibantu oleh penduduk tempatan termasuk Orang Asli yang menawarkan diri.

“Ada lagi pelbagai pihak lain yang sudi memberi kerjasama yang baik kepada kita,” katanya di sini. 

Sehingga semalam, kekuatan pasukan penyelamat bagi misi pencarian berkenaan adalah seramai 178 anggota, dan menurut Salehudin ianya mencukupi buat ketika ini dan tidak menolak kemungkinan akan menambah jumlah kekuatan sekiranya diperlukan.


“Bagaimanapun, kita tengok sehari dua lagi bagaimana,” katanya.

Agensi keselamatan yang terlibat dalam SAR antaranya polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih, PGA Batalion 3 unit Senoi Praaq, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Perhutanan negeri, petugas Sapura serta penduduk tempatan, termasuk Orang Asli.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kehilangan remaja berkenaan yang menurutnya boleh menimbulkan kegelisahan dalam kalangan anggota keluarga dan masyarakat.

Dalam operasi pencarian malam tadi yang berjalan dalam keadaan cuaca baik, tiada perkembangan terbaharu mengenai remaja berkenaan diperoleh setakat ini.

Kategori