Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Akui Sukar...

SEPERTI yang sudah dijangka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad...

MH370: Luahan Kasih Seorang...

KUALA LUMPUR - "Mak akan tetap tunggu kau nak, selagi hayat dikandung badan....

GAMBAR: Kecoh ‘Cahaya Misteri’...

Sudah adat sebarang perkara pelik yang boleh disaksikan ramai orang pasti menimbulkan kegemparan...

Corak Tatu Bukan Bukti...

KUALA LUMPUR - Corak atau tanda kekal pada tubuh seperti lukisan tatu tidak...

Agong Solat Jumaat Di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar berangkat ke Masjid Putra di sini untuk menunaikan solat Jumaat.

Keberangkatan Seri Paduka ke masjid itu yang terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah bersempena Khutbah Khas Pertabalan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Al-Sultan Abdullah berangkat tiba ke sini pada pukul 1.20 petang kemudian disambut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad;

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Seri Paduka kemudian mendengar khutbah khas Jumaat yang disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad bertajuk ‘Kesetiaan Pada Raja dan Negara’ sebelum bersama-sama dengan rakyat menunaikan solat Jumaat.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka meluangkan masa bersalam-salaman dengan rakyat jelata yang begitu teruja dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah.

Pada Selasa lalu, Al-Sultan Abdullah selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara. 

Kategori