Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

TPM Beri Bayangan PRU14...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi...

Mahathir Akan Hantar Surat...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menghantar surat kepada...

Fattah Tak Terasa Digelar...

TIDAK terkesan dengan kritikan pelakon Que Haidar terhadap artis baharu sekarang yang lebih...

MBKT Lelong Lembu, Kambing...

KUALA TERENGGANU: Dua lembu jantan dan lapan kambing akan dilelong Majlis Bandaraya Kuala...

Ayda Jebat Cipta Rekod Di Awan Biru

KOTA KINABALU – Penyanyi, Ayda Jebat melakar sejarah apabila persembahan mini pertamanya yang diadakan dalam pesawat AK5106 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah diiktiraf sebagai Persembahan Muzik Secara Langsung Di Latitude Paling Tinggi (38,000 kaki di atas paras laut) oleh Malaysia Book Of Records sebentar tadi.

Ayda ketika ditemui berkata, dia berasa gembira dan berbangga dengan pencapaiannya itu kerana diberikan peluang menjadi sebahagian daripada misi mencipta rekod berkenaan.

“Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Maklumlah, menyanyi di dalam pesawat yang sedang terbang di awan biru.

“Selain itu, saya terharu kerana penumpang pesawat turut sudi menyanyi bersama walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa,” katanya.

Menerusi persembahan tersebut, Ayda menyanyikan tiga buah lagu iaitu Pencuri Hati, Xin Tai Ruan dan Temberang.

Kejayaan tersebut turut dikongsi oleh Shadow Puppet Theatre yang turut sama terlibat dalam persembahan tersebut.


Persembahan mereka turut disaksikan Pengerusi Pelancongan Malaysia, Datuk Ahmad Shah Tambakau.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book Of Records, Datuk Michael Tio.

Persembahan tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Minggu Muzik Malaysia 2019 (MMM2019) yang dianjurkan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan. – K! ONLINE

Kategori