Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jualan Dan Iklan Air...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap penjualan dan pengiklanan air...

Manusia Akan Hidup Dalam...

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya datang dari tahun 2030 berkongsi tentang kejadian masa...

Baru Berusia 10 Tahun...

WAH tak sangka dengan hanya menjual biskut, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun...

Listeria Tular, Tembikai Wangi...

KETIKA Malaysia gantung import tembikai wangi dari Australia ekoran wabak listeria meragut ramai...

Bar Pulau Perhentian Beroperasi Tanpa Permit Diserbu Polis

BESUT – Sebuah bar di Pasir Panjang, Pulau Perhentian yang penuh dengan pengunjung kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing di serbu polis tengah malam tadi kerana disyaki beroperasi tanpa lesen.

Sewaktu diserbu pada pukul 12.30 tengah malam itu, kebanyakan pengunjung tersebut sedang leka berhibur dan menonton pertunjukan bunga api.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, pemeriksaan mendapati pengusaha bar terbabit gagal mengemukakan permit sah untuk beroperasi sebagai pusat hiburan.

“Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam berhubung bar tersebut disyaki beroperasi secara haram tanpa lesen sah.

“Lima unit pembesar suara, mikrofon, komputer riba, wayar dan pelbagai peralatan hiburan lain yang terdapat di dalam bar berkenaan turut dirampas dalam serbuan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, kedua-dua lelaki berkenaan berusia 22 dan 37 tahun yang masing-masing berasal dari Pulau Langkawi, Kedah dan Kampung Beris Nail, Kuala Besut di sini telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Enakmen Hiburan Terbuka 1997.

Kategori