Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pasangan Kekasih Ditahan, Beri...

Iskandar Puteri: Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki memberikan dadah kepada bayi lelaki...

Kedah Terima RM48.1 Juta...

SUNGAI PETANI - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sejumlah RM48.1...

Maybank Taja 400 Wanita...

LOMBOK - Yayasan Maybank menaja 400 wanita Malaysia untuk mengikuti latihan tenunan kain...

COVID-19: ASEAN, Dunia Hadapi...

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi ASEAN dan seluruh dunia memberi...

Belalai Air Cemaskan Penduduk Langkawi

LANGKAWI – Orang ramai di sekitar Telaga Habour Park berhampiran Pantai Kok Langkawi ‘dikejutkan’ dengan fenomena belalai air atau puting beliung kecil yang berlaku kira-kira 10 minit pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Kapten (PA) Shahfikri Darus berkata kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi itu turut disusuli dengan hujan lebat dan angin kencang.

“Bagaimanapun setakat 2 petang ini tiada sebarang laporan kerosakan akibat fenomena tersebut dilaporkan.

“Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian tersebut merupakan fenomena cuaca yang normal,” katanya hari ini.

Difahamkan kejadian tersebut turut dilihat secara dekat oleh sekumpulan 80 pelancong yang berada di pulau buatan Paradise 101 berhampiran lokasi kejadian.

Fenomena tersebut menjadi tular selepas penduduk pulau ini berkongsi gambar dan video dalam media sosial seperti Facebook, Twitter serta aplikasi WhatsApp.

Kategori