Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gambar Kecederaan Zayn Rayyan...

Kuala Lumpur : Gambar keadaan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dipercayai...

Pasangan Si Jelita Tak...

Kalau di internet, nampak sahaja pasangan yang tidak seimbang sukatan kecantikan dan ketampanan,...

Kanye West Mahu Bertanding...

PELIK tapi benar, bintang rap antarabangsa, Kanye West telah mengisytiharkan bahawa dirinya akan...

Kekurangan Guru Dalam Masa...

KUALA LUMPUR - Negara dijangka mengalami masalah kekurangan guru mencecah lebih 17,000 orang...

Unsur Sabotaj Cetus Kebakaran Belukar Di Pulau Bruit

KUALA LUMPUR – Jabatan bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak mengesan unsur sabotaj dalam kebakaran tanah gambut di Kampung Sedi Pulau Bruit, Tanjung Manis, Sarawak.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii mendedahkan, ketika menjalankan rondaan di kawasan tersebut sekitar pukul 1 pagi hari ini, pihaknya mendapati terdapat unsur sabotaj oleh individu tidak dikenali yang melakukan pembakaran belukar di situ. 

Menurutnya, individu terbabit memulakan kebakaran itu dipercayai untuk membakar dua rumah jenis kayu berhampiran kawasan tersebut sehingga menyebabkan kebakaran merebak dan sukar dikawal. 

“Keadaan kebakaran di lokasi semakin marak dan sukar dikawal disebabkan keadaan gelap dan merisikokan keselamatan anggota serta aset jabatan. 

“Jentera dan anggota berusaha mencari akses lain untuk menyelamatkan rumah kediaman tersebut dari terbakar,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ujar Tiong, pihak bomba dan penduduk kampung turut cuba menangkap individu tersebut, namun gagal.


“Perubahan tiupan angin juga mengakibatkan kebakaran menghala ke kawasan kilang sawit dan sukar untuk dikawal disebabkan keadaan gelap dan tiada akses.

“Usaha masih dijalankan oleh pihak bomba untuk menyekat dan mengawal kebakaran hutan dari merebak ke kawasan kilang sawit,” ujarnya.

Difahamkan, tindakan individu terbabit mensabotaj kebakaran di kawasan tersebut dipercayai mungkin disebabkan isu hak pemilikan tanah antara penduduk.

Kategori