Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kedah Tuntut Royalti Pajakan...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100...

Lebih Banyak Jenama Terkemuka...

PUTRAJAYA - Cabang runcit Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Eraman Malaysia, akan menerima...

MKN Sabah Hantar Balik...

SANDAKAN - Seramai 3,036 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kebanyakannya warganegara Filipina dan...

Zakat Fitrah Kelantan RM7

Kota Bharu : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan...

Dana Asing Jual RM601.2 Juta Ekuiti Tempatan Minggu Lepas

KUALA LUMPUR – Dana asing menjual RM601.2 juta bersih ekuiti tempatan minggu lepas, aliran keluar bersih dana asing mingguan yang terbesar dalam tempoh 11 minggu, menurut MIDF Research hari ini.

Dalam laporan aliran dananya, jelas firma penyelidikan itu, kadar jualan bersih asing di Bursa Malaysia pada minggu lepas meningkat dengan ketara dan FBM KLCI utama merosot 1.3 peratus pada minggu itu selepas ditutup pada 1,626.76 mata pada Jumaat, menjadikan minggu keempat yang mencatatkan penurunan.

Pada masa sama, ringgit susut 0.9 peratus berbanding dolar US, selepas ditutup pada AS$/RM4.158.

“Tenaga Nasional Bhd. mencatatkan aliran masuk wang bersih tertinggi sebanyak RM12.59 juta pada minggu lepas. Harga sahamnya naik 1.76 peratus pada minggu itu, mengatasi bursa tempatan yang mencatatkan penurunan mingguan -1.29 peratus,” menurut MIDF Research.

Sementara itu, United Plantations Bhd. menyaksikan aliran keluar wang bersih terbesar sebanyak -RM6.76 juta minggu lepas dengan harga sahamnya susut -0.23 peratus pada minggu itu, mengatasi FBM KLCI yang merosot -1.29 peratus dalam tempoh tersebut.


MIDF Research berkata Julai mencatatkan aliran keluar bersih asing sebanyak RM79.2 juta, menjadikan bulan aliran keluar bersih asing kelima pada tahun ini.

Setakat ini, aliran keluar bersih asing dari Malaysia sebanyak RM5.01 bilion.

Sebaliknya, enam pasaran Asia lain yang dipantau MIDF Research, iaitu Korea Selatan, Thailand, Indonesia, India, Taiwan dan Filipina menyaksikan aliran masuk bersih asing setakat ini pada tahun ini, dengan India yang terbesar.

Kategori