Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penuntut IPTA Didenda Khalwat...

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik, seorang penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi...

Terbukti PKR Selama Ini...

KUALA LUMPUR - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang pembentangan undang-undang hudud di...

Futsal AFF Ditunda Ke...

KUALA LUMPUR - Kejohanan Futsal Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016 yang sepatutnya...

Akujanji Kerajaan BN Capai...

KUALA LUMPUR - Akujanji Kerajaan Barisan Nasional yang dibuat kepada rakyat pada pilihan...

Dana SRC: Peguam Mohon Butiran Lanjut

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan butiran lanjut yang tidak terkandung dalam kertas pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram. 

Perkara itu dimaklumkan Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican pada sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Azman Ahmad di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Menurut Hasnal Rezua permohonan itu berikutan terdapat perkembangan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd.

“Permohonan itu relevan dengan kes SRC yang sedang berlangsung di mana butiran lanjut yang tidak terkandung dalam pertuduhan mengenai dari mana sumber wang yang tertulis dalam cek atas nama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak kami dimaklumkan perkembangan terbaharu bahawa saksi pendakwaan, pegawai  penyiasat SPRM mengesahkan ada kemasukan RM600 juta ke akaun Najib,” katanya yang akan memfailkan permohonan itu pada 6 September ini.

Ujarnya, dalam keterangan saksi itu, berkata, kemasukan dana RM600 juta itu adalah daripada Putera Arab Saudi dan Kementerian Kewangan Riyadh.

Justeru beliau memaklumkan, perkara itu mempunyai kaitan dalam kes yang dituduh terhadap anak guamnya yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram menerusi cek milik Najib yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Mohd. Hafarizam.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul memberitahu kepada mahkamah bahawa pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Berikutan itu Hakim Azman Ahmad kemudian, menetapkan pendengaran permohonan pada 23 September ini.


Sementara itu berhubung dengan tarikh perbicaraan mahkamah menetapkan selama empat hari bermula 22 Oktober serta 11 hingga 13 November ini dengan 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Pada 21 Februari Mohd. Hafarizam, 47, yang juga Penasihat Undang-undang UMNO mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Mohd. Hafarizam yang turut mewakili beberapa kes sivil Najib didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam tiga transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram dengan memasukkan tiga keping cek AmIslamic Bank berjumlah RM15 juta milik Mohd. Najib Abdul Razak ke dalam akaun pelanggan firma guaman miliknya Tetuan, Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM).

Kesemua kesalahan  itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan PWTC, Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail di sini antara 16 April 2014 hingga 12 Februari 2015.

Berikutan itu kedua-dua pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda minimum lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Kategori