Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Man City Pantau Penyokong...

LIVERPOOL - Manchester City memasang peralatan pengawasan berkualiti di bas pasukan menjelang kunjungan...

Kelantan Tewas Kali Ketiga...

KOTA BHARU - Prestasi pemain bukan pada tahap sebenar menjadi punca Kelantan sekali...

Tuduhan Jata Sultan Pahang...

SANGKAL... Seorang pendakwah bebas mualaf terkenal, Firdaus Wong mengulas isu tular dalam media...

Budak Perempuan 7 Tahun...

SEEKOR lembu jantan dirakamkan mengamuk setelah terlepas daripada kandang dan sempat lagi menyondol...

DAP Buta Perlembagaan

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengecam kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menyatakan pendirian DAP bahawa perlu izin kedua ibu dan bapa untuk menukar agama anak bawah umur berumur 18 tahun dan mendakwa DAP mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah tindak-balas situasi yang berlaku di Dewan Negeri Selangor.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa Setiausaha Agung DAP dan seluruh ahli DAP untuk merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 12 [4] yang berbunyi, “Agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu ATAU bapanya atau penjaganya”. Ini jelas menunjukkan Setiausaha Agung DAP buta Perlembagaan Persekutuan.

3. Situasi politik di Selangor sebenarnya tidak perlu dipolitikkan kerana Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyebut, “Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu”. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyokong usul Menteri Besar Selangor untuk menyelaraskan undang-undang Negeri dengan Perlembagaan Persekutuan.

4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru pemimpin Pakatan Harapan untuk berhenti mempolitikkan isu sensitif Melayu dan Islam bagi mengekalkan keharmonian antara kaum. Di saat Jawi dan Khat menjadi tajuk utama minggu lepas, hari ini isu agama menjadi perdebatan sesama sendiri di kalangan Pakatan Harapan. Lebih baik mereka menumpukan tenaga dan keringat untuk memulihkan ekonomi dan melunaskan janji manifesto mereka.

Selamatkan Kembali Malaysia!


#SelamatkanKembaliMalaysi #SaveMalaysiaAgain #PemudaMemimpin

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori