Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JAIS Mahu Isu Politik...

SEMUA masjid dan surau di Selangor diarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)Ā agar tidak...

Tiada Pengesahan Dakwaan Penahanan...

KUALA LUMPUR - Tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan bahawa ahli perniagaan Low Taek...

Tok Mat, Tok Pa...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri...

Fazura Dilamar Berlakon Filem...

SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama dengan lelaki pujaannya, rezeki pelakon cantik manis Nur...

Ekonomi Harakiri Malaysia

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) amat bimbang dengan keadaan ekonomi semasa Malaysia apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengumumkan Malaysia sedang mengkaji untuk menerbitkan satu lagi Bon Samurai bagi menangani masalah kewangan negara. Perdana Menteri berkata, hal ini susulan Jepun menawarkan pinjaman yang cukup rendah iaitu pada kadar di bawah 0.65 peratus.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan agar berhati-hati dengan cadangan Kerajaan Jepun kerana mungkin ada udang di sebalik batu. Tidak ada ā€œfree lunchā€ jika diberikan tawaran sebegini rupa. Yang pasti, Malaysia tidak akan ā€œmakan sushi dengan percumaā€.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menasihatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk berterus-terang dengan keadaan ekonomi Malaysia. Di saat Menteri Kewangan berdabik dada mencanang ekonomi negara makin kukuh, Perdana Menteri pula ingin membuat pinjaman daripada negara lain dengan alasan masalah ekonomi negara. Jika terus berhutang, kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan hutang negara RM1 trilion bakal menjadi kenyataan. Jelas menunjukkan Pakatan Harapan gagal mengurus ekonomi negara. Pinjaman bon Jepun sekali lagi bakal melumpuhkan sistem ekonomi negara umpama harakiri ekonomi, bukan selamatkan ekonomi.

Selamatkan Kembali Malaysia!

#SelamatkanKembaliMalaysia #SaveMalaysiaAgain #PemudaMemimpin #Ubahbalik

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori