Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anwar Masih Calon PRK...

PORT DICKSON - Calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih sah...

Bintang Gusti Meninggal Dunia...

DIA adalah bekas bintang gusti popular WWE dan model Playboy serta berjaya menjadi...

Marah Gambar Pasport Menyerupai...

Salford (England) - Seorang lelaki begitu marah apabila membuka pasport barunya dan mendapati...

57 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan 57 kes positif...

Hamza Bin Laden Dipercayai Telah Meninggal Dunia

WASHINGTON – Anak lelaki Osama Bin Laden, dilaporkan telah meninggal dunia, menurut pegawai perisikan Amerika Syarikat.

Namun butiran tempat dan tarikh kematian Hamza Bin Laden masih belum jelas.

Pada Februari lalu, kerajaan Amerika Syarikat menawarkan sejumlah AS$1 juta untuk mendapatkan maklumat Hamza.

Hamza, 30, pernah mendedahkan audio dan video mesej panggilan serangan ke atas Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Penasihat Keselamatan Kebangasaan, John Bolton enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkara ini.

Hamza telah menggesa kumpulan jihad untuk membalas dendam pembunuhan bapanya oleh pasukan khas Amerika Syarikat pada bulan Mei 2011.


Dia juga menyeru orang-orang Semenanjung Arab untuk memberontak, menyebabkan Arab Saudi melucutkan kewarganegaraannya.

Dia dipercayai berada di bawah tahanan dalam rumah di Iran tetapi laporan lain turut menunjukkan dia juga mungkin tinggal di Afghanistan, Pakistan dan Syria.

Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, dokumen yang disita dalam serbuan pada tahun 2011 di rumah Osama di Abbottabad, Pakistan, mencadangkan Hamza sedang dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan al-Qaeda. – Agensi

Kategori