Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

‘Pontianak’ Bunuh Kanak-Kanak Waktu...

JOHANNESBURG - Seorang pembunuh ‘pontianak’ mengelar leher seorang budak lelaki sebelum minum darahnya...

Najib Dah Sumpah Di...

MANTAN Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat kian lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Pasukan Tugas Khas Ditubuh...

KUALA LUMPUR - Satu pasukan petugas khas ditubuhkan serta merta bagi menyiasat insiden...

Kerjasama PAS-UMNO Dilihat Akan...

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama...

Henti Desak Mahathir Letak Jawatan – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mendesak Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan ditegur agar lebih menumpukan isu berkaitan rakyat.

Setiasusaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah menghubungi Hassan sebaik desakan tersebut dibuat semalam dan mahu menghentikan tindakan berkenaan.

“Saya telah menghubungi beliau (Hasan) dan minta fokus kepada isu rakyat.

“Tinggalkan ia kepada barisan kepemimpinan PKR,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hassan semalam mencadangkan Dr. Mahathir supaya meletak jawatan selepas apa yang didakwanya Perdana Menteri itu seperti hilang punca dan hilang daya dalam menyelesaikan beberapa isu kritikal negara.

Menurut Hassan, beliau adalah antara ahli Parlimen yang turut menandatangani surat sokongan kepada Dr. Mahathir untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya umum lalu dan menegaskan sumbangan negarawan berusia 94 tahun itu akan tetap dikenang dan dihormati. – UTUSAN ONLINE

Kategori