Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Majlis Pemulihan Negara Syor...

Kuala Lumpur : Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan polisi...

Kes Adun Pasir Bedamar,...

Georgetown : Polis Pulau Pinang kini menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AG)...

Dulu IG Femes Kini...

TIDAK dinafikan Live IG dan Insta Story menjadi trend terkini untuk berkongsi aktiviti...

UTC Bakal Diwujudkan Di...

TELUK INTAN — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan...

Ibu, ‘Tomboy’ Ditahan Dera 3 Beradik

KEPALA BATAS – Tiga kanak-kanak berumur antara 4 dan 12 tahun disyaki didera ibu kandung dan teman wanita ibu mereka yang berperwatakan seperti lelaki, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Noorzainy Mohd Noor, hari ini.

Katanya, ibu ketiga-tiga kanak-kanak itu yang berumur 32 tahun dan teman wanitanya berumur 33 tahun sudah ditahan kira-kira pukul 3.40 petang semalam di rumah mereka di Tasek Gelugor.

“Kedua-dua suspek sedang menjalani perintah reman untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak,” katanya di sini.

Menurutnya, ketiga-tiga kanak-kanak itu tinggal bersama ibu dan rakan wanitanya itu selepas ayah mereka dihalau oleh ibu mereka dari rumah sejak empat bulan lepas.

“Anak sulung wanita itu dalam laporan polisnya berkata sejak itulah dia bersama dua adik lelakinya sering dipukul oleh ibu mereka menggunakan tali pinggang dan dipercayai rakan wanita ibu mereka turut sama mendera ketiga-tiga kanak-kanak ini,” katanya.


Noorzainy berkata kejadian dera dan pukul itu pada mulanya dikesan guru sekolah dua daripada kanak-kanak berkenaan selepas mereka kerap tidak hadir dan pihak sekolah kemudiannya memaklumkan ayah mereka sebelum laporan polis dibuat.

Katanya ketiga-tiga kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan serta pemeriksaan dan doktor mendapati terdapat kesan lebam pada badan tiga mangsa tersebut namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

“Polis turut merampas tali pinggang yang digunakan ibu mereka untuk memukul tiga kanak-kanak itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Kategori