Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bantah TH Bawah BNM...

BALIK PULAU - Petisyen Membantah Tabung Haji di Bawah Lim Guan Eng dan...

Bergurau Kata Lemaskan Dua...

HOUSTON - Seorang wanita membunuh dua anaknya yang masing-masing berusia lima dan tujuh...

Jep Akui Sedia Terima...

HUBUNGAN akrab antara pelawak, Jep Sepahtu dengan Sari Yanti yang kini dikatakan sebagai...

PH Segerakan Tubuh Lembaga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mempercepatkan proses penubuhan Lembaga Wakaf...

Jabatan Kehakiman Syariah Sabah Nafi Kes Bertimbun

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah menafikan berlaku lambakan kes rayuan tidak selesai di Mahkamah Rayuan Syariah Sabah.

Jabatan itu membuat penafian ekoran laporan portal The Malaysian Insight bahawa berlaku timbunan kes rayuan akibat ketiadaan Ketua Hakim Syarie Negeri.

Menurut Ketua Pendaftar Jabatan itu dalam kenyataan hari ini, portal tersebut menerbitkan laporan tanpa merujuk kepada pihak jabatan terlebih dahulu.

“Sehingga kini, terdapat hanya enam kes rayuan yang telah sedia untuk dijadualkan di hadapan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri yang baru sahaja selesai di peringkat pengurusan kes.

“Terdapat satu kes rayuan yang masih dalam prosiding di hadapan Hakim-Hakim Rayuan yang telah dijadualkan pada 22 Ogos 2019.

“Oleh itu, adalah tidak benar sama sekali dakwaan bahawa pada masa ini Mahkamah Rayuan Syariah Sabah sedang bergelut dengan timbunan kes atas ketiadaan Ketua Hakim Syarie Negeri,” menurut Ketua Pendaftar Jabatan itu.


Dalam pada itu, Ketua Pendaftar Jabatan itu memaklumkan, pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah Sabah telah dibuat dan tempoh pelatikan mereka masih berkuat kuasa.

“Penjadualan kes rayuan masih boleh dibuat kerana bilangan Hakim-Hakim Rayuan yang mempunyai tauliah perlantikan adalah mencukupi. Pelantikan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai Pengerusi sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri menurut kehendak Seksyen 19(3) Enakmen Mahkamah Syariah Sabah 2004 adalah juga masih berkuatkuasa,” jelasnya.

Terdahulu The Malaysian Insight mendakwa Mahkamah Syariah Sabah bergelut dengan timbunan kes rayuan kerana tiada Ketua Hakim Syariah lebih tiga bulan.

Maklumat dipercayai diperoleh daripada Peguam Syariah negeri itu turut memberitahu bahawa kerajaan negeri sudahpun melantik ketua hakim baharu tetapi masih belum bertugas kerana belum pindah. – UTUSAN ONLINE

Kategori