Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol RON97 Naik...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-­masing kekal pada paras RM2.08...

DAP Terdesak Jika Dakwaan...

JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

JDT Kelab Impian Para...

KUALA LUMPUR - Setiap pemain bola sepak di negara ini berhasrat menyertai pasukan...

Matrade Promosi Produk Malaysia...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan menganjurkan Pameran Perkhidmatan...

Jalur Gemilang Terbalik: “Kenyataan Saya Disalah Tafsir” – Aziz Bari

IPOH – Naib Pengerusi DAP negeri, Dr. Abdul Aziz Bari mendakwa kenyataan beliau berhubung pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik semalam disalah tafsir sehingga beliau dikecam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Alam Sekitar negeri berkata, kenyataan beliau sengaja dijadikan isu oleh golongan ekstremis kanan bertujuan memburukkan dirinya dan juga DAP.

Katanya, semasa menjawab soalan wartawan semalam, beliau memberitahu kejadian Jalur Gemilang yang dipasang terbalik seperti mana dilaporkan media mungkin tidak disengajakan atau tersilap.

“Saya kata apa kena mengena bendera terbalik (Jalur Gemilang) dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? Saya juga tak suruh pun orang pasang bendera terbalik.

“Saya pun tak salahkan wartawan yang menulis berita berkenaan tapi golongan ekstremis kanan yang sengaja menimbulkan isu,” ujarnya pada sidang akhbar di pejabat beliau, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Aziz berkata, tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu kesalahan.

Sementara itu, Abdul Aziz mencadangkan langkah tertentu diambil oleh kerajaan Persekutuan iaitu mengusulkan undang-undang baharu ke Parlimen khusus berkenaan Jalur Gemilang.


Jelas beliau, akta yang dicadangkan itu perlu untuk menjelaskan bentuk, warna dan cara memasang Jalur Gemilang termasuk menyenaraikan tindakan-tindakan yang dianggap menyalahi undang-undang.

Katanya lagi, walaupun telah ada akta tertentu tetapi ia tidak khusus dan bercerai-cerai lalu seeloknya satu undang-undang tertentu diperkenalkan.

“Perkara yang sama juga perlu dibuat untuk bendera negeri-negeri. Bagaimana pun, oleh kerana perkara ini melibatkan kedudukan dan hak negeri, adalah dicadangkan supaya perkara ini dibawa kepada perhatian Majlis Raja-Raja.

“Langkah sedemikian juga perlu untuk mengelakkan isu-isu remeh terus dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu serta menghentikan tindakan melampau,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori