Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

200 Nelayan Terengganu Daftar...

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 200 nelayan di negeri ini telah berdaftar sebagai sukarelawan...

Tren Maglev Cipta Rekod...

TOKYO – Kereta api tercanggih Jepun, maglev mencatat rekod kelajuan dunia apabila bergerak...

Srikandi PPBM Melaka Terima...

JASIN - Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam ini menerima kira-kira 1,000...

Kerana Suara ‘Kepit’, Ramai...

Siapa tak kenal dengan Datuk Aliff Syukri Kamaruzaman atau lebih dikenali dengan jolokan...

“Jangan Cabar Kesabaran Orang Melayu” – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Tindakan dua kumpulan pendesak Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang menentang tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dan Jawi dalam buku teks sekolah disifatkan sebagai tindakan biadab, kurang ajar dan mencabar tahap kesabaran orang Melayu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apabila membaca gesaan dua pertubuhan itu dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN0 DAP yang menentang perlaksanaan berkenaan jelas membuktikan kepada rakyat umum bahawa dakwaan parti itu sebuah parti rasis dan anti-Islam adalah benar dan tepat.

“Tahap mana lagi kita bangsa Melayu dan Islam Malaysia harus bersabar apabila satu demi satu cubaan bangsa DAP untuk mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu Islam di Malaysia.

“Setiap perkara melibatkan orang Islam dan Melayu pasti akan ditentang oleh bangsa DAP ini dengan lantang dan tanpa rasa hormat lagi kepada majoriti Melayu Islam di Malaysia.

Mereka seakan menjadi raja dan tuan tanah untuk Malaysia ini apabila tanpa selindung menzahirkan penolakan dan ketidakpuasan hati mereka apabila timbul isu dan cadangan untuk orang Melayu dan Islam,” katanya yang dipetik menerusi laporan UMNO Online hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tulisan khat bukanlah berkait agama, tetapi satu identiti dan budaya orang Islam khususnya sejak zaman Kesultanan Melaka.


“Apakah hari ini bangsa DAP ini terlalu takutkan apa jua yang berkaitan Islam sehingga gagal membezakan antara agama dan budaya dan tanpa rasa hormat kepada orang Melayu dan Islam mereka menolak dan menentang tanpa memikirkan kesannya.

“Orang Melayu Islam seawal sejarah Kesultanan Melayu Melaka malah ada sesetengah sejarah menyatakan lebih awal iaitu tahun 1303 (Batu Bersurat Terengganu) telah menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.

“Tulisan khat hanya tulisan dan bukannya agama. Sama ada Bangsa DAP (Jiao Zong, Dong Zong dan Chauvinist DAP) bodoh atau sengaja buat tidak faham,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori