Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bakal Pengantin Lari Separuh...

Mungkin kedengaran pelik, namun seorang bakal pengantin disyaki berpakat bersama pengapitnya mencuri beberapa...

Video Penyerang Charlie Hebdo...

SATU video terbaharu yang mendedahkan aksi kedua-dua penembak pejabat akhbar satirikal Charlie Hebdo...

PRU15: Semua Parti Komponen...

TEMERLOH : Semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan bertanding Pilihan Raya Umum...

Pertarungan ‘Lightsaber’ Diiktiraf Sukan...

PARIS - Persekutuan Lawan Pedang Perancis telah mengiktiraf pertarungan 'lightsaber' atau pedang laser...

Jemaah Haji Terkandas: Agensi Pelancongan Lapor Polis

SEPANG – Sebuah agensi pelancongan yang mengendalikan urusan jemaah haji di Tanah Suci, membuat laporan polis berikutan 26 orang rakyat Malaysia terkandas di Jeddah kerana dikatakan mempunyai visa haji furada (persendirian) palsu.

Pengarah Syarikat Hajar Sazrul Travel & Tours, Mohamad Sazrul Iqram Rozlan berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak pagi semalam sejurus menerima berita tersebut.

“Ini kejadian kali pertama berlaku kepada syarikat kami yang terlibat dalam pengurusan jemaah haji sejak 12 tahun lepas,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Seramai 26 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah sejak Isnin, selamat tiba di KLIA hari ini.

Kumpulan itu tiba menggunakan penerbangan komersial dari KLIA selepas kemasukan mereka tidak dibenarkan dipercayai akibat masalah teknikal pada visa haji furada yang mereka peroleh.


Mohamad Sazrul Iqram mendakwa permohonan visa furada itu diuruskan oleh pegawai Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

“Kita terkejut dikatakan visa itu tidak sah kerana kita telah lama berurusan dengan pihak kedutaan.. kita merasakan kepercayaan kita kepada pihak tersebut telah dicabuli apabila kejadian ini berlaku,” katanya.

Beliau berharap siasatan penuh dapat dilakukan pihak berkuasa berkenaan kes itu yang secara langsung telah menjejaskan nama baik syarikat berkenaan.

Kategori