Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pekerja ECRL Jangan Kembali...

KUALA LUMPUR - Pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang pulang ke...

Gambar Harimau Berehat Dekat...

SEKEPING gambar memaparkan seekor harimau sedang berehat di Bukit Besi, Dungun, Terengganu berhampiran...

Kerajaan Akan Kaji Undang-Undang...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan bagi membantu golongan...

CIA Jual Alat Intipan...

PETALING JAYA - Malaysia antara 120 negara membeli alat penyulitan yang dimanipulasikan dari...

Jenazah Pelajar Malaysia Maut Di Sydney Selamat Dikebumi

TAIPING – Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas dipercayai tergelincir dari tingkat 23 pangsapurinya di Sydney, Australia selamat dikebumikan semalam.

Ayah pelajar itu, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata jenazah Amirul Ashraff dikebumikan selepas waktu zohor di Sydney.

“Pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghubungi saya semalam pada 11 pagi (waktu Malaysia)  memaklumkan pengebumian anak saya telah diselesaikan.”Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Mara kerana mengendalikan urusan pengebumian anak saya dan saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di Perkampungan Kampung Tersusun Tekah dekat sini hari ini.

Pada Selasa minggu lalu sebuah portal berita melaporkan seorang penuntut Malaysia meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang menjadi kediamannya di Sydney, Australia.

Amirul Ashraff merupakan pelajar tajaan Mara berasal dari Taiping adalah penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universiti Technology of Sydney, Australia.


Mengenai laporan bedah siasat, Md. Azhar yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata pihaknya belum menerima maklumat tersebut.

“Saya juga belum bercadang untuk menziarahi pusara anak kerana masih dalam kesedihan,” katanya.

Kategori