Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM Beri Amanat Merdeka...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 kali ini amat istimewa dan bakal...

Baru Bian Terkejut Pejabat...

KUCHING – Anggota Parlimen Selangau, Baru Bian terkejut dan kecewa selepas diberitahu Pejabat...

Video: “Pelacur Kau, Ambil...

TULAR menerusi media sosial memaparkan rakaman dua wanita bergaduh di sebuah restoran sambil...

Ribuan Pelarian Islam Hanyut...

UMAT Islam masih kekal menjadi jumlah pelarian terbesar dunia sepanjang enam bulan pertama...

Kemalangan Maut Songkhla: Pemandu Malaysia Tiada Lesen Sah

SONGKHLA – Pemandu Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima orang pemotong rumput di Songkhla, Selatan Thailand didapati  memandu tanpa lesen yang sah.

Wanita berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai mengakibatkan kematian dan kerosakan harta awam.

Pemandu itu menghadapi hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721), jika sabit kesalahan.

Polis Thai bersetuju mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 baht (RM68,000) kepada 200,000 (RM27,000).

Bagaimanapun, wanita itu dilarang meninggalkan negara ini sehingga kesnya selesai.

Di samping itu, beliau perlu membayar sagu hati wang tunai 50,000 baht (RM6,764) masing-masing kepada keluarga mangsa berjumlah 250,000 baht (RM33,823).


Beliau juga dikenakan denda 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata kedutaan akan memantau kes itu dari dekat.

“Kedutaan akan memberi bantuan sewajarnya yang diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Semalam, wanita itu dan dua rakannya sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai, Songkhla sebelum kereta yang mereka naiki melanggar lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi Jalan Asia, Daerah Rattaphum, Songkhla.

Kategori