Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ganti Tiada Locus Standi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 10 anggota Gerakan Anak...

Pantau ‘Pembelian’ Ahli Parlimen...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memantau supaya tidak berlaku...

Serpihan Dipercayai MH370, Tiada...

PUTRAJAYA - Tiada pengesahan diterima daripada Indonesia tentang kemungkinan serpihan pesawat MH370 ditemui...

EURO 2020: Misi Hidup...

MADRID - Sepanyol bakal berdepan tekanan dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan mereka menentang...

“Kenapa Fuziah Tak Mesej Terus Redzuan?” – Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh perlu berterus terang siapa menteri yang dimaksudkannya menyokong isu kilang memproses nadir bumi milik Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng Kuantan, Pahang dalam kenyataan terbukanya semalam.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, kritikan itu seolah-olah ditujukan kepada Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof memandangkan beliau secara terbuka mengatakan keputusan Kabinet membenarkan Lynas terus beroperasi adalah tepat.

“Dalam warkah terbuka Fuziah ada menyebut tentang menteri PH yang juga bekas ahli Barisan Nasional (BN) mempertahankan Lynas.

“Jadi menteri yang dimaksudkan ialah Redzuan? Kenapa tidak mesej terus Redzuan? Takkan tidak ada nombor telefon Redzuan?” soalnya menerusi status yang dimuat naik dalam Facebook rasminya semalam.

Semalam, Fuziah dalam kenyataan terbuka meluahkan kekecewaan terhadap menteri PH yang juga bekas ahli menyokong keputusan Kabinet membenarkan Lynas beroperasi.

Fuziah berkata, pihak tersebut menganggap Lynas sebagai isu politik sedangkan ia adalah isu teknikal yang sukar difahami. – UTUSAN ONLINE

Kategori