Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Bintang Hollywood Dengan...

MASA untuk gembirakan hati kaum wanita di luar sana!Sebelum ini gambar '5 aktor...

TH Buat Pengecaman Jenazah...

JEDDAH - Tabung Haji (TH) kini menumpukan kepada proses pengecaman jenazah di rumah...

Wajib Sedia Tempat Duduk...

PUTRAJAYA - Penguatkuasaan mewajibkan penggunaan tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam...

Sakinah Dipeluk Aiman, Suami...

BEBERAPA hari lalu, pelakon Sharifah Sakinah telah dikecam hebat oleh netizen kerana 'membiarkan'...

Kerajaan PH Digesa Lucut Kerakyatan Yew Yin

KANGAR – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mengesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) melucutkan kerakyatan ahli perniagaan, Koon Yew Yin yang telah menghina warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bukan sahaja terkilan, sedih, marah dengan tindakan ahli perniagaan itu, malah persatuan yang mewakili 400,000 orang ahlinya di seluruh negara juga menyifatkan Yew Yin sebagai biadab dan kurang ajar.

Tegas Presiden PVATTBM, Ismail Abidin, tindakan Yew Yin yang menyifatkan pasukan keselamatan itu sebagai hanya tahu makan dan tidur sahaja seolah-olah tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong, sebagai pemerintah tertinggi ATM.

Kata beliau, anggota tentera selama ini telah berjuang bermatian-matian mempertahan dan menjaga keharmonian negara.

“Saya harap tindakan tegas dikenakan terhadap ahli perniagaan ini dan kita gesa Yew Yin dilucutkan kerakyatan. Orang biadab seperti ini tidak patut tinggal di Malaysia. Dia (Yew Yin) sepatutnya menghormati tugas anggota tentera dan bukannya menghina,” katanya ketika ditemui selepas bersama ahli persatuan itu membuat laporan polis terhadap Yew Yin di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), Kangar di sini hari ini.

Semalam, Yew Yin dalam laman blog kendaliannya menggesa kerajaan PH mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan beliau terlalu besar.

Menerusi tulisan tersebut, Yew Yin dipetik sebagai meminta kerajaan menyemak semula senarai pekerja di jabatan kerajaan serta memecat mereka yang tidak diperlukan.


Antara yang dibangkitkan ialah dengan menjadikan anggota tentera sebagai contoh dan menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara itu hanya makan dan tidur sahaja.

Dalam pada itu, Ismail juga menggesa kerajaan mengantikan Timbalan Menteri Pertahanan yang ada sekarang dengan pemimpin Melayu dan beragama Islam.

Katanya, sepanjang lebih 60 tahun pemerintahan kerajaan terdahulu tidak pernah lagi jawatan Timbalan Menteri Pertahanan dilantik dalam kalangan bukan Melayu Islam.

Selain itu, Ismail juga berharap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tampil memberi kenyataan dalam isu berkenaan bukannya mengambil sikap mengunci mulut membiarkan sahaja anggota tentera dihina.- UTUSAN ONLINE

Kategori