Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hong Kong Airlines Mulakan...

KUCHING - Penerbangan sulung Hong Kong Airlines ke Kuching diberi sambutan semburan air...

Tun Mahathir Hadiri Himpunan...

HIMPUNAN bertemakan ‘Mansuh GST, Undur Najib’ hambar diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter...

Penjara 9 Tahun Sokong...

KUALA LUMPUR - Seorang penceramah bebas berusia 31 tahun dipenjara sembilan tahun di...

Kes Rogol Amah Dapat Perhatian Meluas Di Indonesia

IPOH – Kes ahli exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong yang didakwa di mahkamah kerana merogol pembantu rumah warga Indonesia mendapat perhatian meluas di Indonesia.

Pegawai Konsulat Kedutaan Indonesia di Malaysia, Sabda Tian berkata, apa sahaja kes yang melibatkan pekerja warganegara Indonesia sudah tentu mendapat perhatian.

“Kes ini mendapat liputan meluas di Indonesia. Kes-kes seumpama ni sememangnya akan diberikan perhatian serius oleh pemerintah Indonesia terutama membabitkan pekerja domestik dan kami mengikuti kes ini sejak dari mula.

“Keluarga mangsa sudah tentu terkejut atas kejadian yang menimpa anak perempuan mereka dan kita ikuti semua proses yang dijalankan di Malaysia.

“Terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia kerana memberi perlindungan kepada mangsa dan menahan suspek,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Menurut Sabda, keadaan mangsa semakin baik dan bersedia untuk menghadapi proses perbicaraan di mahkamah. 


Beliau berkata, mangsa yang berusia 23 tahun itu semakin pulih sepanjang berada di bawah pemantauan Kedutaan.

“Keadaan mangsa semakin baik dari segi mental dan moralnya, dia juga siap dan kuat untuk hadapi proses sidang (perbicaraan) seterusnya,” katanya. 

Beliau turut menyatakan rasa puas hati dengan perkembangan siasatan kes itu dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama baik yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Harapan kami sangat tinggi dan menyerahkan segalanya kepada Malaysia untuk mengendalikannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori