Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

242 Pegawai, Anggota Polis...

SERDANG - Seramai 242 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan...

PM Singapura Ucap Takziah...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching,...

Anak Syarikat KSL Beli...

KUALA LUMPUR - KSL Holdings Bhd bercadang untuk membeli dua bidang tanah...

PAS Belum Buat Sebarang...

KEPALA BATAS - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah seorang yang gopoh...

Kilang Nafi Keluar Memo Larang Pekerja Islam Bersolat

KLANG – Sebuah kilang beg plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini menafikan melarang pekerja Islam menunaikan ibadat solat ketika waktu bekerja. 

Penafian tersebut dilakukan selepas pengurusan syarikat itu dihubungi wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar.

Justeru itu, Mohd. Fakhrulrazi meminta syarikat itu melaporkan kepada pihak polis sekiranya penularan memo bertarikh 30 Julai lalu itu merupakan satu sabotaj.

“Sebaik memo itu tersebar di media sosial, wakil saya telah menghubungi syarikat itu dan dimaklumkan ianya tidak benar.

“Saya berjanji tidak akan mendiamkan diri sekiranya perkara ini terjadi kerana menafikan hak umat Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kosmo! Online terdahulu melaporkan penularan memo yang didakwa dikeluarkan sebuah syarikat plastik melarang pekerja Islam menunaikan  solat ketika waktu bekerja.

Menerusi memo tersebut, denda sebanyak RM500 akan dikenakan kepada pekerja bagi setiap satu kesalahan. – K! ONLINE

Kategori