Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penuntut UiTM Diberi Amaran...

SHAH ALAM - Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terlibat dengan perhimpunan Bersih...

Siasat Larangan Wanita Bekerja...

MONTREAL - Menteri Buruh Quebec, Dominique Vien, menggesa siasatan dijalankan berhubung laporan wanita...

Dr M: Bersatu Tak...

Bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata partinya dahulu tidak pernah menerima sumbangan...

Manchester City Lebur Tiga...

MANCHESTER City berjaya memecah tiga rekod Liga Perdana Inggeris yang dipegang Chelsea selepas...

KIP Berjaya Jalani Surgeri Jari Di Sepanyol

KUALA LUMPUR – Penunggang Moto2 kebangsaan, Khairul Idham Pawi berjaya menjalani surgeri tangan kanannya di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona, Sepanyol pada Selasa.

Surgeri selama dua jam itu bertujuan menstabilkan kecederaan pelumba Petronas Sprinta Racing itu di Spanish Grand Prix pada Mei.

ICATME Department of Traumatology, Dr. Xavier Mir dan pasukannya melakukan surgeri itu dengan memasukkan skru pada tulang jari anak KIP yang disusun semula.

“KIP menjalani potongan kecil di jari anaknya tiga bulan lepas, dan kini keadaan sudah pulih,” Dr. Mir disebut sebagai berkata dalam kenyataan dikeluarkan oleh Pasukan Petronas Sprinta Racing.

“Kini, surgeri kedua membantu pembinaan semula tulang itu dengan memasukkan ‘phalange’ di tempatnya,” kata Dr. Mir.

Sementara itu, Khairul Idham mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mir dan pasukannya kerana melakukan surgeri dengan jayanya, dan menambah beliau kini akan pulang ke tanah air untuk menjalani proses pemulihan sepenuhnya sebelum kembali beraksi.

Kategori