Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PM Lancar Program Jimat...

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Program...

Wan Azizah Jumpa Ibu...

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Agong Seru Rakyat Waspada...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah bahawa rakyat Malaysia...

Jangan Jumud, Buat Kesimpulan...

PETALING JAYA - Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, orang ramai tidak patut membuat...

Kompaun Pemandu Teksi, Bas, E-hailing Tak Daftar PERKESO

KUALA LUMPUR – Mulai hari ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengenakan kompaun kepada pemandu teksi, bas dan e-hailing yang belum berdaftar serta mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata pelaksanaan kompaun itu dilaksanakan selaras penguatkuasaan Ops Patuh, yang dilancarkan 1 Ogos lalu.

Katanya, Ops Patuh itu dilaksanakan sebagai langkah penguatkuasaan terhadap pemandu teksi dan e-hailing yang belum mendaftar serta mencarum dengan SKSPS.

“Kita sudah beri masa yang lama kepada pemandu teksi, bas dan e-hailing kerana skim ini sudah diperkenalkan sejak dua tahun lalu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKESO di sini, hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini Ops Patuh yang dilancarkan 1 Ogos lalu.

Mohammed Azman berkata, Ops Patuh itu dilaksanakan bukan untuk menyusahkan pemandu teksi, bas dan e-hailing, sebaliknya bagi menjaga kebajikan mereka dan keluarga.

Katanya, PERKESO tiada niat lain dan perkara ini sudah berlarutan lebih dua tahun.

“Semalam seorang pemandu teksi mengalami kemalangan dan maut, nasib baik beliau berdaftar dengan skim ini pada 1 Ogos lalu dan isteri serta anak beliau kini layak mendapat pencen bulanan dan faedah lain di bawah skim ini,” katanya.


Beliau berkata, hanya 50,801 pemandu teksi, bas dan e-hailing yang sudah mendaftar serta mencarum dengan SKSPS.

“Jumlah yang berdaftar itu masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan 316,000 pemandu direkodkan mendaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya.

Mengulas lanjut, katanya PERKESO terpaksa bertindak tegas termasuk membuat pendakwaan di mahkamah.

Katanya, pihak beliau kini melipat ganda usaha mengesan mereka yang masih gagal berdaftar dan mencarum.

“Mereka yang gagal berdaftar dan mencarum jangan takut untuk berdaftar sekarang. Mereka yang tidak berdaftar jika disabitkan kesalahan boleh di penjara dua tahun dan di denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Kategori