Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nenek 99 Tahun Penuhi...

AMSTERDAM - Seorang nenek berusia 99 tahun berjaya memenuhi impiannya iaitu dapat merasa...

Siasatan Menyeluruh Nahas Enam...

KUALA TERENGGANU - Siasatan menyeluruh berhubung nahas jalan raya yang meragut enam nyawa...

Bintang Seksi Indonesia Jupe...

KONDISI kesihatan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau mesra disapa Jupe kini...

Tuntutan Segera AS$16 Bilion...

Jabatan Peguam Negara (AGC) menyelar dengan tegasnya segala dakwaan dalam surat yang dihantar...

Kontraktor Binaan Maut Dihempap Traktor

BESUT – Seorang kontraktor binaan maut akibat dihempap traktor dipandunya yang terbalik di Bukit Gong Pasir, Kampung Oh, Jabi dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Mat Isa Hamat, 59, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sebelum kejadian, Mat Isa dikatakan memandu traktor itu ke kebun duriannya yang tidak jauh daripada rumahnya di Gong Pasir dekat sini pada kira-kira pukul 9 pagi.

“Kontraktor binaan tersebut tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan pada selepas solat Asar semalam menyebabkan isterinya meminta pertolongan pekerja mangsa untuk mencarinya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pekerja terbabit mendapati mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di bawah traktor tersebut yang telah terbalik,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan dari bawah traktor itu dengan menggunakan sebuah jentolak pada pukul 9 malam semalam sebelum dihantar ke Unit Forensik, Hospital Besut di sini untuk dibedah siasat.

Kategori