Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Agong Zahir Pandangan Parlimen...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Caj Kewangan Penggunaan Kad...

BARU terima notification ni pada bank… Cara baru perkiraan cukai untuk pengguna kad...

Lelaki Maut Tersepit Kerusi...

SIAPA sangka kedatangan ke panggung wayang untuk berhibur menonton filem bertukar tragedi apabila...

Hudud: DAP Gagal Bawa...

GEORGE TOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang menyifatkan DAP sebagai gagal membawa keyakinan...

Kualiti Udara Di Miri Kekal Tahap Bahaya, IPU Cecah 400

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 300 setakat 7 pagi tadi.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU 401 dan 316 masing-masing dicatatkan di stesen pemantauan udara di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.

Semalam, cerapan kualiti udara di SK Kuala Baram 2 mula menerjah kategori berbahaya pada jam 10 pagi dengan bacaan IPU 302.

Manakala di ILP Miri, bacaan sangat tidak sihat antara 201-300 direkodkan dari jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum memasuki kategori berbahaya pada jam 6 petang semalam dengan bacaan IPU 302.

Sri Aman, juga di Sarawak, mencatat bacaan kualliti udara tidak sihat iaitu masing-masing 135 setakat jam 7 pagi tadi manakala majoriti lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), dan berbahaya jika melebihi 300.

Kategori