Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kastam Kedah Rampas Rokok...

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 4.7 juta rokok...

Nusajaya Greens Jual Tanah...

KUALA LUMPUR - Nusajaya Greens Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh secara tidak...

Pelaksanaan Moratorium Bersasar Lebih...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan moratorium bersasar lebih bersesuaian berbanding moratorium automatik kerana menepati...

Hanya 17 Daerah Masih...

PUTRAJAYA - Hanya 17 daerah di seluruh negara yang masih lagi diletakkan di...

Lambaian Kasih Brunei, Agong Selesai Lawatan Negara

BANDAR SERI BEGAWAN – Yang di-Pertuan, Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas selesai melakukan Lawatan Negara selama tiga hari di Brunei.

Ketibaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei disambut Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Pengiran Salleh Ab Rahaman serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Ismail Salam.

Turut mengiringi keberangkatan pulang Seri Paduka berdua ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan delegasi Malaysia.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong melintasi barisan pasukan Kawalan Kehormat Setempat Tentera Darat Diraja Brunei sebelum pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas pada kira-kira pukul 2 petang.

Lawatan Negara Al-Sultan Abdullah ke Brunei, yang bermula Ahad, antara lain bertujuan meningkatkan lagi keutuhan hubungan diraja antara kedua-dua negara yang mempunyai sejarah panjang lebih tiga dekad lamanya.

Dalam titah balas Al-Sultan Abdullah pada Majlis Persantapan Diraja semalam, Seri Paduka antara lain menyatakan kejayaan hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei adalah berkat hasil daya usaha dan pandangan jauh kedua-dua kerajaan berkenaan.


Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan atas perkenan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menerima kunjungan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta atas kemudahan dan layanan mesra di sepanjang lawatan, termasuk daripada rakyat Brunei.

Lawatan Al-Sultan Abdullah ke Brunei merupakan Lawatan Negara pertama Seri Paduka sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.

Lawatan itu juga sebagai mengenang kembali lawatan bersejarah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama mengadakan Lawatan Negara ke Brunei sebaik sahaja negara itu mencapai kemerdekaan pada 1984.

Kategori