Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nancy Yakin SPAD Amal...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yakin Suruhanjaya...

Batu Kawan Mampu Menjadi...

SAINGAN Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bakal menyaksikan beberapa pelumba...

13 Lagi Rangka Mayat...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 13 rangka mayat dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui di...

Jejai Sangkal Dakwaan Ganggu...

SEBELUM ini, Fasha Sandha telah membuar satu laporan polis kerana mendakwa dia diganggu...

Laporan Kimia Kes Rogol Exco Diserah Pengarah Pendakwaan

IPOH – Polis telah menerima laporan kimia dan perubatan Isnin lalu berkaitan kes seorang Ahli Exco kerajaan negeri Perak yang dituduh merogol pembantu rumah warga Indonesia Julai lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, kedua-dua laporan dan kertas siasatan kes berkenaan juga telah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri hari ini untuk tindakan lanjut.

“Laporan kimia dari Jabatan Kimia dan laporan perubatan dari pihak hospital telah kita perolehi pada Isnin lalu. Kertas siasatan juga telah diangkat ke pihak Pengarah Pendakwaan Negeri. 

“Saya percaya pihak Pengarah Pendakwaaan Negeri akan membawa perkara ini ke Peguam Negara di Putrajaya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pagi tadi. 

Akhbar pada 9 Julai lalu melaporkan, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Ahli Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong di rumah majikannya di Meru di sini. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu kemudiannya ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 


Sebelum ini, kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, namun ia dikembalikan semula kepada pihak polis sementara menunggu laporan perubatan dan kimia.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes samun barang kemas bernilai RM1 juta yang dilarikan empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di Jalan Chin Hwa di sini kelmarin, Razarudin berkata kes berkenan masih dalam siasatan.

“Polis telah melakukan dua mesyuarat perancangan dan kita yakin dapat mengenal pasti satu atau dua suspek dalam masa terdekat,” katanya.

Kategori