Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Sekolah Vernakular...

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa sekolah vernakular di Johor...

Nama Rasmi Koronavirus Beberapa...

LONDON - Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Taksonomi Virus (ICTV) diberi tanggungjawab untuk memutuskan nama...

Tiada Rancangan Perkenal Cukai...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai baharu ketika ekonomi negara di ambang...

Tulang Rusuk Belakang Adib...

SHAH ALAM - Saksi ke-29 dalam prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib...

Lelaki Menyamar Setiausaha Sulit Agong Didakwa Menipu

PUTRAJAYA – Seorang penjual gerai makan yang sebelum ini ditahan ekoran menyamar sebagai Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Agong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu proses pembekuan aset Istana Negeri Sarawak di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Salimie Baharudin, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya seorang wanita berhubung proses pembekuan aset Istana Negeri Sarawak sehingga mangsa memasukkan sejumlah wang RM100,000 secara peringkat ke beberapa akaun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah lokasi yang beralamat di Presint 10 di sini pada 1 Ogos lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintah Mohd. Salimie menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Shah Wira menetapkan tarikh 17 September untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulaaikha Mohd. Apandi manakala tertuduh diwakili peguam Noor Svetlana Mohd. Noor Noordin.


Akhbar tempatan 8 Ogos lalu melaporkan, polis menahan tertuduh selepas Mohd. Salimie memperdaya seorang wanita dalam urusan membeli aset Istana Sarawak dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dia ditahan di Temerloh, Pahang selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa isterinya kerugian RM100,000 akibat ditipu tertuduh.

Hasil siasatan polis mendapati individu berkenaan juga mendakwa mempunyai gelaran Datuk Seri itu menawarkan pembelian aset Istana Sarawak bernilai RM1.8 juta yang dibekukan oleh pihak kastam.

Mangsa dikatakan telah membuat pembayaran RM50,000 secara tunai kepada seorang anggota polis bantuan berpangkat Asisten Superintenden selaku orang tengah manakala baki bayaran dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun bank diberikan suspek.

Menurut polis, suspek mendakwa bayaran tersebut akan diberikan kepada pihak kastam sekali gus dapat menyelesaikan masalah pembekuan aset itu dalam tempoh dua minggu.

Kategori