Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sekeping Gambar Di Twitter...

New Delhi – Kejam. Seorang bapa yang juga seorang duda, sanggup meninggalkan tiga...

Chong Wei Percaya Kemampuan...

PUTRAJAYA - Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Harimau...

Gambar: Majlis Sambut Menantu...

SEMALAM berlangsung majlis menyambut menantu di kediaman keluarga suami Hanez Suraya, Romie Radin...

“Kau Setuju Ke Kalau...

PELAKON Shukri Yahaya meluahkan rasa berang terhadap pelakon baharu yang tidak tahu menggunakan...

LHDN Nafi Bentang Sumbangan Cukai Ikut Kaum, Bangsa

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan pembentangan kertas putih di Parlimen melibatkan laporan berhubung jumlah sumbangan cukai berdasarkan komposisi kaum dan bangsa seperti tular dalam media sosial.

LHDN dalam satu kenyataan, memaklumkan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) agensi itu, maklumat pembayar cukai dan data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum dan bangsa.

“Sehubungan itu, LHDN ingin menegaskan bahawa data yang ditularkan melalui media sosial tersebut adalah tidak benar dan bukan daripada sumber LHDN,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan agensi berkenaan mengesan satu penyebaran maklumat palsu yang tular mengenai pembentangan kertas putih oleh LHDN di Parlimen bertajuk “Siapa kata bangsa Cina & India banyak bayar cukai dekat kerajaan”

Menurut kenyataan itu, data dan maklumat mengenai pembayar cukai yang direkodkan dalam sistem LHDN dikategorikan mengikut komponen pembayar cukai melibatkan cukai individu, syarikat, duti setem, cukai pegangan, cukai keuntungan harta tanah (CKHT), koperasi, cukai lain dan petroleum. 


“Justeru, LHDN sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat dan sahih bagi mengelak kekeliruan serta salah faham demi kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu. 

Data dan maklumat mengenai pembayar cukai mengikut komponen boleh disemak dalam portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my (Laporan Tahunan LHDNM) dan juga siaran media Kementerian Kewangan di pautan https://www.treasury.gov.my/index.php/galeri-aktiviti/siaran-media/item/4835-siaran-media-pencapaian-kutipan-cukai-langsung-bagi-tahun-2018.html

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 1800-88-5436. 

Kategori