Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Aidil Fitri Kunci Penyatuan...

Di Hujung Jeti Bersarang Tempua, Jalan Berpaya Ke Sri Rambai, Hajat di Hati...

Datuk Dr Hassan Said...

PUTRAJAYA - Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti...

LTdL: Adiq Husainie Gembira...

PELUMBA pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Adiq Husainie Othman berpuas hati dengan...

TLDM, Polis Musnahkan Bom...

Kota Kinabalu : Pasukan Pemusnah Bom Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ibu...

Lynas: Kerajaan Tersepit Kerana Hutang Jepun

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh mengakui kerajaan kini berasa tersepit berhubung isu Lynas Corporation Ltd. (Lynas) kerana pihak yang mendapat manfaat daripada hasil nadir bumi diproses di kilangnya di Gebeng, Pahang adalah negara Jepun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berasa terkesan dengan kritikan negatif rakyat Malaysia tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung Lynas yang memberitahu, pada masa sama, Jepun merupakan negara yang meminjamkan wang kepada Malaysia dalam bentuk Bon Samurai.

“Saya ingin maklumkan Jepun merupakan benefisiari mutlak daripada hasil unsur nadir bumi (REE) kilang Lynas.

“Jadi, mungkinkah pelabur-pelabur di Jepun akan berdiam diri sekiranya Lynas tidak dapat meneruskan bekalan REE kepada mereka,” katanya dalam surat terbuka kepada rakyat Malaysia yang ditulis dari Makkah, malam tadi.

Fuziah menambah, sekiranya Malaysia tidak meluluskan lesen operasi Lynas ia akan mengakibatkan industri hiliran di Jepun akan lumpuh.


“Bayangkan keadaan tersepit yang kita berada kini,” ujarnya.

Semalam, kerajaan dilaporkan akan mengumumkan keputusan memperbaharui lesen operasi Lynas di Gebeng selewat-lewatnya 15 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori