Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Padah Berhenti Mengejut, Cermin...

SEBUAH video amatur berdurasi kurang satu minit memaparkan keadaan cermin penghadang angin sebuah...

Pejabat Kedutaan Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Wisma Putra masih belum dapat menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di...

Negeri Sembilan Jangka Mula...

Seremban: Aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Negeri Sembilan dijangka...

‘Myanmar Belum Berubah’ –...

YANGON - Myanmar masih menggunakan taktik sama dengan bekas junta tentera dalam memastikan...

Mahathir Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Vietnam

HANOI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedang dalam lawatan rasmi ke Vietnam hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas presiden negara republik sosialis itu, Nguyen Phu Trong.

Dr. Mahathir tiba di bangunan ibu pejabat Parti Komunis Vietnam di sini pada 9.25 pagi (waktu temnpatan) dan mengadakan pertemuan selama 25 minit.

Ini merupakan pertemuan pertama dengan Nguyen Phu Trong sejak Dr. Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia ketujuh.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Malaysia ke Vietnam, Datuk Shariffah Norhana Syed Mustaffa.

Dr. Mahathir yang dalam lawatan rasmi selama tiga hari mempunyai jadual yang padat pada hari terakhir lawatan beliau.

Kemudian, perdana menteri akan mengunjungi Perisian FPT yang terletak di Hoa Lac Hi-Tech Zone di mana beliau dijadualkan memberi ucapan di hadapan pelajar universiti mengenai “Persiapan Malaysia Ke Arah Revolusi Industri 4.0”.

Dr. Mahathir akan melawat pameran kereta Vietnam – model VinFast Lu SA 2.0, Lux SA (A) 2.0 dan Fadil 1.5 dan dijangka memandu uji salah satu model.

Kemudian, beliau dijadualkan melawat Zon Perindustrian Noi Bai di mana beliau telah melakukan upacara pecah tanah untuk projek itu pada tahun 1996.


Beliau juga dijangka melawat Kilang Yamaha Motor Vietnam di zon perindustrian.

Zon Industri Noi Bai adalah zon perindustrian asing yang pertama di Hanoi. Ia ditubuhkan pada tahun 1994 dengan keluasan 100 hektar (peringkat 1) dan 14 hektar (peringkat 2).

NBIZ diuruskan oleh Noi Bai Development Corporation Limited (NBD), sebuah syarikat usaha sama antara Vista Spectrum (M) Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Perbadanan Pelaburan Pembangunan Infrastruktur Bandar – UDIC (Vietnam).

NBIZ menarik 40 pelabur asing yang melabur di NBIZ kebanyakannya dari Jepun, Thailand, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Malaysia, Singapura, Taiwan dan yang paling baru-baru ini Perancis.

Dr Mahathir mengakhri lawatan rasminya ke Hanoi petang ini.

Kategori