Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

9 Filem Gagal Box-Office...

ADATLAH jika ada filem yang mendapat keuntungan menggunung dan ada pula filem yang...

MH17: Butiran Jenazah Dibawa...

PUTRAJAYA - Senarai nama 20 rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 yang akan dibawa...

Hari Kebangsaan: PM Singapura...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengutus surat mengucapkan tahniah kepada...

Sherry Tidak Syak Komen...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengacara Melodi, Sherry Alhadad tidak mengesyaki komen hinaan...

Mahathir Nafi Kerajaan PH Berpecah-Belah, Hilang Sokongan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berpecah-belah mahupun hilang sokongan seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, ahli Kabinet duduk bersama-sama dan mampu membuat keputusan mengenai isu kritikal sejak hampir setahun.

“Anda boleh lihat sama ada saya berjalan bersendirian atau tidak. Saya berjalan di mana-mana dan di mana sahaja saya pergi orang ramai akan berjabat tangan dan menyatakan sokongan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia 2019 di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pakatan Harapan akan berpecah-belah berikutan pertelingkahan dalaman.

Zahid berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-73 di Pusat Perdagangan Dunia Putra di sini Ahad (25 Ogos).

Kategori