Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

NGO Tahfiz Sambut Baik...

SEBUAH badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta)...

Daging Phad Kra Pao...

Phad kra pao gai atau daging cincang pedas merupakan salah satu hidangan istimewa...

Penggunaan Internet Kini Lebih...

KUALA LUMPUR - Penggunaan Internet di negara ini kini meningkat kepada 89.3 peratus...

Gay Orlando Marah, Dilarang...

GOLONGAN gay di Orlando, Amerika Syarikat meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka...

Mahathir Sahkan Ada Bertemu Pemimpin Pembangkang

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan sudah bertemu dengan beberapa pemimpin daripada parti UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pembangkang Selasa lalu.

Menurutnya, sebarang pertemuan dilakukan dengan semua pihak bukan hanya dari pemimpin politik pembangkang malah, badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka (pemimpin pembangkang) datang daripada pelbagai parti termasuk PAS, UMNO dan dari Sarawak mahu berjumpa saya, saya terima untuk berjumpa. Saya dengar apa mereka mahu kata.

“Bila mereka luahkan sokongan kepada saya, saya berterima kasih,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hari ini media tempatan melaporkan bahawa terdapat sumber mengatakan sekumpulan pemimpin pembangkang membuat pertemuan dengan Dr. Mahathir pada malam Selasa lalu untuk memberi sokongan supaya beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Ketika diminta mengulas mengenai sokongan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang terhadap dirinya dalam isu sama, Dr. Mahathir menyifatkan ia bukan perkara baharu.


“Seperti yang anda tahu, Presiden Pas seringkali menyatakan bahawa beliau menyokong saya. Ini bukan perkara baharu,” katanya.

Jelas Dr. Mahathir, beliau masih memegang pada janji untuk menyerahkan jawatannya seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Lainlah kalau mereka letakkan senjata di kepala saya,” katanya. – Sinar Harian

Kategori