Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Adun BN Selangor Hantar...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Barisan Nasional negeri telah menghantar usul tergempar bagi...

Mahu ‘Tunduk’ Majikan, Campur...

SINGAPURA - Seorang amah berusia 27 tahun yang berang dimarahi bertindak keji dengan...

Pengembala Jumpa Mayat Warga...

BATU PAHAT - Mayat wanita warga emas yang hilang selepas keluar ke kebun...

Nasib Marcote Akan Ditentukan...

KUBANG PASU - Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan diadakan...

Mahkamah Tolak Permohonan SIS Batal Fatwa Selangor

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan tersebut sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian selepas mendapati mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang termaktub dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Forum SIS (Malaysia) pada 31 Oktober 2014 memfailkan permohonan bagi memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS itu yang menyatakan, organisasi itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang kononnya “berpegang dengan fahaman liberalisme dan pluralisme agama” sebagai “sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam”.

Pihak pemohon juga memohon perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa dan MAIS melalui fatwa tersebut yang mengarahkan sekatan dibuat ke atas laman-laman sosial adalah bercanggah dengan Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka antara lain memohon perisytiharan iaitu keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS melalui fatwa itu adalah ultra-vires (melampaui batasan undang-undang). – UTUSAN ONLINE

Kategori