Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Desak Najib...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Tak Perlu Usul Undi...

PUTRAJAYA - Tiada keperluan untuk mengemukakan usul undi percaya terhadap kepemimpinan Perdana Menteri,...

Beberapa Jalan Ditutup Sempena...

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di sekitar Ampang Jaya akan ditutup pada 20...

KPDNHEP Digesa Telus Subsidi...

KUCHING - Seorang ahli Parlimen Sarawak menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal...

Malaysia Bukan Tempat ‘Pelarian’ Hong Kong

KUALA LUMPUR – Rakyat Hong Kong yang berhasrat menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) perlu jujur untuk tinggal di negara ini dan bukannya sekadar tempat melarikan diri dari kekecohan di negara mereka.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Isham Ishak berkata, walaupun bilangan permohonan baharu dari Hong Kong tidak menunjukkan peningkatan yang mendadak, namun saringan keselamatan yang ketat tetap dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri yang turut bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol).

“Kita mengalu-alukan permohonan baharu dari Hong Kong untuk datang ke negara ini, tetapi mereka perlu betul-betul ikhlas, maksud saya mereka mesti bukannya lari daripada sesuatu.

“Sudah tentu kita akan memeriksa latar belakang pemohon bagi memastikan mereka bukannya kumpulan pengganas yang ingin mengambil peluang datang ke Malaysia atas alasan tertentu,” katanya.

Mengulas lanjut, Isham berkata, warga China, Eropah, United Kingdom, New Zealand, Australia dan Korea merupakan pemohon tertinggi yang berhasrat menyertai MM2H.

Rabu lalu, Reuters melaporkan warga Hong Kong telah membeli kira-kira 200 unit apartmen di Malaysia dalam tempoh dua bulan lalu, dan ia dilihat sebagai petanda kumpulan pembeli itu sudah tidak yakin lagi tinggal dalam kegawatan politik di wilayah pentadbiran khas China tersebut. – UTUSAN ONLINE

Kategori